KUALA LUMPUR: Penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya telah dijangkakan.
Menurut jurucakap bekas Perdana Menteri itu, ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat telah sedari awal lagi menjatuhkan 'hukuman bersalah' terhadap bekas perdana menteri itu dan menyuarakan perkara tersebut secara terbuka sejak mengambil alih kerajaan.