Loading...
Bara Politik
  ❖ wacana dan komen berapi dari media sosial ❖
Jumaat, 13 Julai 2018

Peguam PH Jahil Murakab

APA MOTIF PEGUAM PH MAHU SISTEM RAJA MELAYU DIHAPUSKAN? Adakah ia susulan dari Manifesto PRU14 Pakatan Harapan, yang menyebutkan secara spesifik bahawa ‘kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan.



Syor peguam sistem beraja dimansuh: Anda jahil murakab, buta sejarah, kata Ridhuan Tee. Raja adalah simbol, penjaga Islam dan hak keistimewaan Melayu

BANGI, 26 Syawal 1439H, Selasa – “Anda Melayu yang buta dan jahil sejarah. Usah jadi Melayu.” Demikian kata, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah ketika mengulas kenyataan aktivis BERSIH, Fadiah Nadwa Fikri yang mempertikaikan sistem monarki di negara ini.

Dalam konteks Malaysia, katanya, raja adalah simbol dan juga penjaga kepada agama Islam, orang Melayu serta hak keistimewaan kedua-duanya.

“Jika tidak ada raja, maka semakin bermaharajalelalah golongan liberal ini. Saya tidak pelik, jika orang bukan Melayu yang tidak faham adat budaya Melayu yang mempertikaikannya, tidak mengapa juga. Tetapi jika orang Melayu sendiri yang melakukannya, nampak sangat mereka ini jahil murakab dan telah mati hati Melayunya.

“Golongan ini tidak layak menjadi bangsa Melayu, eloklah dipadamkan identiti bangsa. Jika dipadamkan identiti Melayu, mereka ini adalah golongan tidak ada bangsa dan tidak layak tinggal di bumi bertuah,” katanya sambil menegaskan bahawa keberadaan sistem beraja membolehkan negara terus bergerak maju.

Beliau berharap Fadiah yang juga seorang peguam supaya membaca sejarah kesultanan Melayu dan kenapa Malaysia mempunyai sembilan raja-raja Melayu dan seorang Yang di-Pertuan Agong.

“Jika sarjana sejarah seperti Khoo Kay Kim boleh mengesyorkan kita membaca sejarah sebegini, kenapa orang Melayu begitu jahil mempertikaikan sistem beraja ini,” katanya mengulas kenyataan Fadiah yang berpendapat kewujudan sistem beraja di Malaysia sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.

Mengulas lanjut kenyataan itu, beliau menegaskan, jika raja yang bersalah dan tidak berakhlak dengan baik dan mengikut cara Islam, ianya adalah kesalahan raja dan kerabat mereka, bukannya kesalahan sistem beraja.

Namun, Dr Ridhuan Tee tidak menafikan jika ada segelintir masyarakat yang sudah mula muak dengan perangai raja tertentu dan kerabat mereka yang berlagak ke sana sini tatkala rakyat berada dalam kesempitan dan kesusahan.

“Ada yang menggunakan kemewahan yang diberikan sewenang-wenangnya dan menggunakan nama kerabat untuk mendapatkan habuan tertentu seolah-olah mereka kebal. Kepada raja dan kerabat, buatlah muhasabah, rakyat jelata sedang memerhatikan duli-duli Tuanku.

“Jangan sampai mereka menjadi bosan dengan tingkah laku raja tidak mencermin akhlak raja yang sebenarnya. Apa yang dibangkitkan mungkin sebahagian daripada rasa bosan dan amarah dengan melihat dan perangai serta tingkah laku duli-duli tuanku. Berubahlah, sebelum rakyat jelata menolak sistem beraja,” katanya.

sumber berita: ismaweb | 10 Julai 2018

 
beranda kaki
ATAS