Loading...
Bara Politik
  ❖ wacana dan komen berapi dari media sosial ❖
Ahad, 29 September 2019

Pembunuhan Syed Muhammad Danial

Seorang Pegawai Maybank Yang Juga Hafiz Quran Terbunuh Dalam Kes Keganasan Jalanraya

Laman ini akan sentiasa dikemaskini ...

Biar Video Berbicara …


[+] Syed Muhammad Danial Dibelasah, Dirempuh dengan Kereta dan Dibiarkan Terlantar di Tepi Jalan.

Cuba dengar butiran percakapan antara saksi kejadian, seorang lelaki Melayu, dengan Yew Wei Liang yang kini disiasat atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial dengan memukul dan kemudiannya merempuh mangsa dengan kereta Toyota Innova (MBB 1689) sehingga Danial tersepit di celah besi pembahagi jalan dan tubuhnya digilis setelah tumbang dan terlantar di atas jalanraya. Lelaki berbaju biru tersebut menegur perbuatan Yew yang memulakan tindakan provokasi dengan kata-kata, “lu yang cari pasal” dan “saya nampak”. Kemungkinan beliau ternampak perbuatan Yew menampar kepala Danial dari belakang seperti yang terkandung di dalam video di bawah ini. Danial yang cedera parah ditinggalkan terlantar di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sehingga adik ipar beliau Zafri Amir, 19 tahun, tiba dan dengan pertolongan orang awam menghantar Danial ke Nilai Medical Centre, di mana beliau telah disahkan meninggal dunia.

[+] Video Aksi Provokasi Tertuduh Menampar Kepala Syed Danial

NOTA: Perhatikan video pada saat :09 di mana tertuduh menampar kepala mangsa dari belakang. Perbuatan agresif dan provokasi ini mencerminkan niat tertuduh untuk memulakan pergaduhan.

[+] Keterangan Saksi Kejadian yang Telah Buat Laporan Polis


 

[+] Satu Lagi Kongsian di Facebook


[+] Laporan Polis oleh Seorang Lagi Saksi Kejadian



[+] Saksi Nampak Arwah Syed Danial Kena Gilis




إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Suasana Sedih Meliputi Aidil Adha 2019 Bagi Isteri dan Keluarga Mangsa

 Qistina Ayu, 28, balu Syed Muhammad Danial[/caption] Qistina Ayu Mohd Rozhan, 28, balu Allahyarham Syed Muhammad Danial di tanah perkuburan orang Islam Bukit Mahkota, Bangi

Isteri dan Anak Kehilangan Insan Tersayang

Keluarga arwah Syed Danial - anak perempuan berusia 4 bulan kehilangan ayah tempat bermanja.

# Ucapan Takziah dari DYMM Raja Permaisuri Agong


 

 
beranda kaki
ATAS