Tangan Evangelis Perkasa LGBT Melayu?
PETALING JAYA: Kebelakangan ini timbul keresahan dan rungutan di kalangan umat Islam negara ini ekoran daripada penglibatan beberapa pendakyah Kristian dalam beberapa kegiatan dan gerakan belia Muslim khasnya dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibadah dan akidah umat Islam.
Terbaru, seorang paderi Kristian yang bernama Sivin Kit bersama-sama dengan beberapa aktivis LGBT beragama Islam telah menganjurkan program “Puasa Untuk Malaysia” ketika umat Islam yang lainnya sedang berpuasa pada bulan Ramadan kerana Allah Taala.
Program “Puasa Untuk Malaysia” ini turut dipromosikan oleh Siti Kasim, Marina Mahathir dan Ambiga Sreenevasan.
Sivin Kit juga merupakan salah seorang daripada penasihat Projek Dialog, sebuah gerakan liberal pro LGBT dan pluralisme agama yang kerap membabitkan perbincangan dan perdebatan mengenai hal ehwal agama Islam. Projek Dialog juga dinasihati oleh salah seorang pengasas Sisters In Islam, Marina Mahathir dan Faisal Tehrani, seorang tokoh pro-Syiah.
Komuniti Muslim Universal (KMU), sebuah badan yang memperjuangkan hak LGBT meskipun menggunakan perkataan bersifat Islamik pada jenamanya, juga dianggotai oleh Calvin Ohsey, seorang pendakyah agama Kristian, yang juga pernah berkhidmat sebagai kolumnis di laman web Projek Dialog.
KMU baru-baru ini telah mengadakan program kunjungan ke gereja di mana Sivin Kit berkhidmat, Bangsar Lutheran Church, di mana salah seorang aktivis KMU yang beragama Islam tidak teragak-agak untuk mendoakan Sivin Kit dengan menyeru Tuhan Yesus agar memakbulkan doanya itu.
KMU merupakan cawangan di Malaysia bagi Muslims For Progressive Values yang diasaskan oleh Zuriani Khalid (Ani Zonneveld).
Sumber berita: Menara.my
foto: Harian Metro