Loading...
Bara Politik
  ❖ wacana dan komen berapi dari media sosial ❖
Khamis, 5 Julai 2018

Kerajaan Pakatan Harapan Kantoi Lagi

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN KANTOI LAGI dalam percubaan untuk memburuk dan mensabotaj kejayaan pemerintahan BN mengendali ekonomi negara.

suapan berita:

Manipulasi Hutang Negara Wujudkan Persepsi Buruk, Taktik Gagal Tunai Janji Manifesto – Khaled


KUALA LUMPUR, 5 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebenarnya tidak memberikan gambaran tepat dan adil tentang kedudukan hutang negara dan risikonya.

Katanya, perkara terbabit boleh dinilai dalam beberapa sudut dengan yang pertama naratif hutang negara yang kerap dibentangkan oleh Menteri Kewangan tidak menggambarkan keadaan ekonomi negara yang menyeluruh.

“Gambaran tentang hutang negara tanpa memasukkan unsur risiko rendah atau terhad ini adalah tidak lengkap dan boleh disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Ia seolah-olah dengan sengaja ingin memburuk-burukkan imej Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini telah memartabatkan prestasi ekonomi sehingga diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Sepatutnya, Kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, membentangkan dengan lebih menyeluruh dan mendalam akan kedudukan hutang negara serta seteruk manakah perkara tersebut dengan mengulas tentang risiko-risiko kebankrapan secara objektif dan realistik. Bukannya dengan hanya memberikan nilai keseluruhan secara kasar yang boleh menimbulkan persepsi buruk, spekulasi dan situasi panik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, penilaian kedua berkaitan hal ini ialah hutang negara semakin meningkat hanyalah sebagai alasan bagi mengelak atau menangguhkan perlaksanaan beberapa manifesto PH.

“Sebelum ini, sudah kerap diulas bahawa manifesto PH adalah terlalu populis dan dibuat tanpa benar-benar mengambil kira kemampuan negara untuk melaksanakannya, maka, dengan terbitnya laporan Bank Dunia, yang membuktikan bahawa keadaan ekonomi Malaysia khususnya aspek kadar dan tanggungan hutang serta risiko-risiko terhadnya berada dalam keadaan baik dan terurus, maka sudah tidak ada alasan untuk Kerajaan PH berdolak dalih.”

Dilaporkan, Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Dr. Richard Record telah menerangkan bahawa Malaysia masih berisiko rendah kerana sebanyak 97.7% daripada jumlah hutang negara adalah dalam denominasi ringgit.

Ini turut bermakna yang risiko dari segi pendedahan kepada tukaran asing adalah terhad. Tambahan pula, hampir 70% daripada hutang negara adalah hutang jangka sederhana dengan tempoh matang melepasi 3 tahun.

Malah, Bank Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai ‘kisah kejayaan’ kerana mempunyai ekonomi yang kukuh dan bergerak ke arah pendapatan tinggi, walaupun hutang negara secara menyeluruh dan kasarnya dikatakan mencecah RM1 trilion.

“Malangnya, bagi mengelak dari melunaskan janji-janji dalam manifesto mereka dalam tempoh 100 hari, PH memilih untuk terus menerus menyalahkan kadar hutang negara yang digembar-gemburkan secara tidak tepat.”

Bidasnya, penukaran komitmen dengan menyatakan bahawa janji-janji PRU-14 Kerajaan hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik turut menunjukkan bahawa Kerajaan PH tidak merancang dengan baik dan gagal mengira kos perlaksanaan sebelum menawarkan manifesto populis tersebut.

“Ketiga, alasan hutang negara yang tinggi sebagai justifikasi keperluan Tabung Harapan adalah tidak munasabah. Kewujudan Tabung Harapan ini, sekalipun dibuat tanpa paksaan dan merupakan inisiatif rakyat sendiri, seolah-olah mencerminkan situasi hutang negara amat meruncing dan terlalu kritikal.

“Ini sekali lagi merupakan satu tindakan yang kurang wajar. Kerana, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tidak sepatutnya Kerajaan membenar dan menyokong inisiatif yang boleh menakut-nakutkan sesetengah rakyat dengan gambaran ekonomi dan hutang yang tidak tepat.”

Sumber berita: Mohd Faizal Salleh


 
beranda kaki
ATAS