Loading...
Bara Politik
  ❖ wacana dan komen berapi dari media sosial ❖
Ahad, 8 Julai 2018

Ekonomi Malaysia Kena Sabotaj?

YANG DI-PERTUAN AGONG, Sultan Muhammad V menitahkan semua pihak supaya hentikan serta-merta telahan dan andaian yang tidak bertanggungjawab, seolah-olah ingin melihat ekonomi Malaysia runtuh serta negara bangkrap.



Baginda memberi amaran rakyat seharusnya ingat bahawa tindakan meranapkan kejayaan memang mudah, namun usaha untuk membangunkan kembali sesebuah negara adalah amat sukar.

"Apakah kita sanggup melihat ekonomi Malaysia lumpuh dan negara hancur disebabkan tangan-tangan orang kita sendiri?

Prestasi ekonomi negara baik

"Oleh itu,rakyat seluruhnya jangan benarkan tangan-tangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar," titah Yang di-Pertuan Agong pada majlis sambutan Hari Keputeraan baginda di Istana Negara.

Sultan Muhammad bertitah, beberapa cabaran ekonomi global yang turut dirasai rakyat setakat ini berupaya ditempuhi dengan penuh kesabaran dan kejayaan.

"Perkembangan mutakhir itu menyaksikan prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan agak baik dan cemerlang, berdasarkan petunjuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Beta ingin menzahirkan rasa optimis terjadap peranan kerajaan (BN), walaupun terpaksa menghadapi cabaran semasa.

" Menerusi mandat, sokongan dan dukungan rakyat, beta percaya kerajaan (BN) akan terus cekal serta tabah mengatur strategi bagi membolehkan negara terus dihormati di persada antarabangsa," titah baginda.

Seri Paduka turut menyuarakan keyakinan bahawa rakyat sudah mempelajari dan mengambil iktibar daripada peristiwa di beberapa negara di seluruh dunia, terutama Asia Timur yang berdepan peperangan sehingga menyaksikan insiden bermandikan darah.

Sehubungan itu, baginda menitahkan rakyat supaya sentiasa menghargai usaha menjaga keamanan negara, selain tidak memandang remeh perjuangan dan keringat dicurahkan pasukan keselamatan yang menyabung nyawa di perbatasan negara.

Tanpa keamanan, tidak mungkin negara dan rakyat boleh berada dalam suasana stabil, sehingga memungkinkan pembangunan seperti yang dikecapi sekarang.

"Bagaimanapun, rakyat harus berwaspada dengan perkembangan negatif mutakhir ini, seiring kemunculan pengganas yang kian serius di seluruh dunia.

"Malaysia tidak terkecuali dengan ancaman ini, namun beta yakin anasir dan sel pengganas ini dapat diatasi hasil kerjasama rakyat, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan agensi lain," titah baginda.

Sultan Muhammad V mahu rakyat dalam apa jua situasi, suasan, keadaan, sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi negara.

Perkukuh Perpaduan

"Alhamdulillah, negara kita yang berdaulat ini bebas daripada gejala yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kedamaian, bebas daripada kekacauan serta huru-hara," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong menaruh harapan terhadap rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan etnik akan terus melangsungkan agenda perpaduan, kerukunan hidup, memelihara serta menyuburkan perasaan serta sikap kemuafakatan yang sekian lama dipupuk serta dibaja.


Sumber: Berita Harian | 10 Sep 2017 | Oleh: Luqman Arif Abdul Karim


Nota: Sabotaj ekonomi negara adalah jenayah di bawah seksyen 124K Kanun Keseksaan 2012 

suapan berita:

 
beranda kaki
ATAS